" Buku " tiada ulasan

 

 Apa Perbezaan Antara Quran dan Sunnah ?

Apakah Quran dan apakah Sunnah ? Quran adalah kitab hukum Ilahi yang menyatakan perintah dan larangan Islam. Manakala, Sunnah adalah amalan hukum tersebut oleh Nabi Muhammad ( sallallahualaihiwasallam) .

Jawapan:

QURAN
Quran adalah kitab suci yang diwahyukan melalui malaikat Jibril (Alaihis Salam) kepada Nabi Muhammad (Salallahu’AlaihiwaSallam) dari Allah ( SubhanaHuwaTaala) dan yang terdiri dari prinsip-prinsip kebahagiaan bagi seluruh umat manusia . Quran menyatakan hukum untuk ketertiban dan kebahagiaan baik kehidupan agama maupun kehidupan duniawi . Al-Qur’an menyatakan mengapa alam semesta diciptakan , apa tugas dari makhluk dan apa makna seni dan perhiasan dunia yang menakjubkan, dengan kata lain, tujuan hidup , penciptaan dan alam semesta . Quran menyelamatkan manusia dari ketidakteraturan dan anarki dengan memberitahukan manusia nilai yang unik dan tujuan manusia yang nyata dan signifikan. Al-Qur’an memberikan kemakmuran , perdamaian dan ketertiban baik kehidupan pribadi maupun sosial melalui ibadah , keyakinan dan perspektif yang setia .
SUNNAH
Secara literalnya, Sunnah adalah bermaksud “jalan yang lurus dan baik”; lalu memberi pengertian “jalan kehidupan (beragama)”. Sedang pula kalimah ‘As-Sunnah’ sering digunakan bagi merujuk kepada cara kehidupan Rasulullah; menunjukkan ucapan, tindakan, persetujuan dan sifat Nabi Muhammad. Sunnah adalah sesuai dengan perintah dalam Quran. Sunnah adalah perintah Islam yang memiliki begitu banyak kebajikan duniawi dan spiritual bagi umat Islam yang mengikuti, banyak pahala bagi mereka yang menjalankan sunnahnya dan kerugian besar bagi mereka yang meninggalkannya. Dengan itu, As-Sunnah Nabi Muhammad adalah merangkumi perbuatan atau ucapan Alamiyah dan Ukhrawi Nabi yang telah dilaporkan oleh para sahabat (Radiyallahuanhum). Dan kata lawan bagi Sunnah adalah “bida’ah”. Dan adalah kewajipan bagi setiap orang Islam berpegang kepada Sunnahnya dan mengikutinya; sesuai dengan firman Allah (SubhanaHuwaTaala):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali ‘Imran: 31)
Maksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah Al-Ahzab: 21)
Sunnah adalah sumber Islam kedua setelah Quran. Sedang hadis pula membawa maksud literal “laporan”. Maka Sunnah didapati melalui hadis-hadis yang telah dilaporkan atau diriwayatkan oleh para sahabat (Radiyallahuanhum).

Ia adalah terbahagi kepada empat :
Sunnah Qawliyyah:
Perkataan ucapan Nabi Muhammad adalah dipanggil “sunnah qawliyyah”. Istilah “hadis” adalah umumnya sinonim dengan Sunnah Qawliyyah. Ini kerana “Sunnah Qawliyyah” adalah mengenai perkataan atau ucapan Nabi Muhammad. Dan Sunnah Qawliyyah terdapat dalam hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada para sahabat radiyallahuanhum.

Sunnah al Fi’iliyyah :
Perbuatan baginda Nabi Muhammad digelar sebagai“Sunnah al Fi’iliyyah”. Ketika Sunnah Qawliyyah merangkumi bicara Nabi Muhammad, manakala jenis sunnah ini pula meliputi perbuatannya; keagamaan dan duniawi.

Sunnah Taqririyyah :
Sunnah taqririyyah menunjukkan tentang persetujuan Nabi Muhammad ( saw) terhadap tindakan para sahabat dengan cara mendiamkan atau menghargai mereka .
Jenis sunnah (persetujuan Nabi) ini dapat terjadi dalam dua cara yang berbeza:
1. Ketika Nabi Muhammad diam untuk suatu tindakan dan tidak menentangnya.
2. Ketika Nabi menunjukkan kesenangan dan tersenyum dengan perbuatan atau perkataan seorang sahabat. (al Muwafaqat , Af’al ar Rasul)

Sunnah Tarkiyyah :
Bagi sunnah ini, ia juga adalah seperti Sunnah Fi’iliyyah. Namun maksud Sunnah ini pula adalah apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah pada tujuan suatu amalan ibadat, yang dilaporkan sahabat.
Contoh:
Daripada Ibnu Abbas radiyallahuanhu berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى الْعِيدَ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
“ Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengerjakan solat ‘Eid (raya) tanpa azan dan iqamat. ” (Riwayat Abu Daud) – [ Hadis ini juga telah dilaporkan oleh Abu Ubaid dan Jabir bin Samura (Radiyallahuanhuma) dan lain-lain.  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Apa Perbezaan Antara Quran dan Sunnah ? ]

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com