" Malaikat " tiada ulasan

 

 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARI AKHIRAT?

Apakah yang dimaksudkan dengan hari akhirat? Dapatkah anda membayangkan tentang “alam akhirat”?

Jawapan:

Akhirat adalah perkataan yang berasal dari bahasa arab iaitu “akhirah” dan secara umumnya akhirat adalah kata am dari perkataan “akhir” yang bermaksud “terakhir” atau yang terakhir. Akhirat juga diistilahkan di dalam Islam sebagai ruang abadi yang menjadi rumah terakhir yang akan dituju oleh manusia setelah alam dunia dan turut disebut sebagai “hari kemudian” iaitu “kehidupan setelah kematian di dunia”.  

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA “RUKUN IMAN” Bagaimanakah beriman kepada hari akhirat meruapakan salah satu daripada rukun iman? Allah SWT melalui Surah AlBaqarah, ayat 4 telah berfirman:   “Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (Surah AlBaqarah, ayat 4)  

PERMULAAN ALAM AKHIRAT SETELAH BERLAKUNYA “KIAMAT”   Sekiranya kita melihat kepada alam semesta, kita akan melihat dan berfikir bahawa tiap-tiap sesuatu di alam ini termasuk bumi mempunyai jangka hayat tertentu dan akan musnah suatu hari nanti apabila sampai masanya.   Pengakhiran dunia akan dimulai dengan tiupan sangkakala oleh malaikat Israfil. Seluruh alam akan hancur dan semua makhluk hidup akan binasa. Peristiwa ini telah dinyatakan di dalam Al-Quran melalui beberapa surah di antaranya: Surah At-Takwir ayat 1-6 yang bermaksud: "Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan. Dan apabila gunung-gunung berterbangan. Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (dibiarkan). Dan apabila binatang liar di- kumpulkan. Dan apabila lautan menggelegak panas."   Surah Infithar ayat 1-5 yang bermaksud   "Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berserak. Dan apabila lautan melimpah-ruah. Dan apabila kubur-kubur dibongkar. (Ketika tersebut) setiap jiwa tahu apa yang telah didahulukan dan apa yang dikemudiankan."   Ketika sangkakala pertama ditiup, semua makhluk yang berada di bumi dan di langit akan binasa kecuali malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. Kemudian Allah SWT akan memerintahkan malaikat Izrail untuk mencabut nyawa malaikat Jibril, Mikail dan Israfil. Akhir sekali, Allah akan memerintahkan  malaikat maut iaitu malaikat Izrail juga mati. Lalu, dengan kekuasaannya, Allah SWT menghidupkan kembali malaikat Israfil. Malaikat Israfil akan meniup sangkakala untuk kali kedua yang dikenali sebagai tiupan kebangkitan dan atas izin Allah semua makhluk akan dibangkitkan semula untuk penghakiman dari Allah yang maha adil dan bijaksana.        

ISTILAH-ISTILAH BERKAITAN HARI AKHIRAT:    “Mahsyar” Mahsyar bermaksud satu kawasan yang luas di mana manusia akan dikumpulkan setelah dibangkitkan. Berkumpulnya manusia di padang mahsyar ini disebut “Hasyr” (dibangkitkan dan dihimpunkannya manusia-manusia untuk diadili). Allah berfirman di dalam Surah Ali Imran Ayat 9 Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Surah Ali Imran, ayat 9)   ”Hisab” Hisab bermaksud perhitungan di mana manusia akan diadili mengikut amalannya di dunia. Allah berfirman di dalam Surah Al-Insyiqaq Ayat 7-12 Maksudnya: "Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka dia akan dihisab dengan perhintugan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka dia akan berteriak: “celakalah aku”, dan dia akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-menyala". (Surah Al-Insyiqaq ayat 7-12)       “Mizan”  Al-Mizan bermaksud neraca penimbang di mana amalan seseorang manusia samada amalan yang baik atau yang buruk akan ditimbang untuk pengadilan. Peristiwa ini telah dijelaskan di dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 47 di mana Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung” (Surah Al-Anbiyaa’ ayat 47)   “syafa’at” Syafa’at bermaksud usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfaat kepada orang lain. Di hari pembalasan, semua nabi, terutamanya Rasulullah SAW, para syuhada, ulama, dan orang orang yang dipilih oleh Allah SWT seperti anak yang soleh akan meminta keampunan dari Allah bagi kaum mukminin.    “Semua nabi mempunyai satu doa khusus yang akan makbulkan. Aku menyimpan doaku untuk akhirat bagi memberi syafa’at kepada ummatku” (Bukhari)   Di Hari Pembalasan, aku akan menjadi yang pertama yang memberi syafa’at dan yang syafa’atnya diterima.” (Ibnu Majah)

 “Liwa-ulhamd” Liwa-ulhamd bermaksud panji yang akan berada di tangan nabi Muhammad SAW di mana orang orang beriman akan bernaung di bawahnya di Hari pembalasan.   “Aku akan menjadi pembawa “Liwa-ulHamd” di Hari Pembalasan.” “Aku tidak mengatakannya untuk berbangga; di Hari pembalasan panji itu akan berada ditanganku.” (Ibnu Majah) “Kautsar”   Kautsar bermaksud telaga yang dari telaga tersebut Nabi Muhammad SAW akan minum airnya bersama ummatnya sehingga mereka tidak akan merasa dahaga. Diriwayatkan  oleh Abdullah bin Umar: Nabi bersabda: “Telagaku begitu luas sehingga perlu waktu sebulan untuk menyeberanginya. Airnya lebih putih daripada susu dan baunya lebih harum dari pada misik (kesturi), dan cangkir minumnya sama banyaknya dengan bintang bintang di langit; dan siapapun yang meminumnya tak akan pernah merasa haus.” (Bukhari, Kitab 8, volume 76, hadis 581).    “Sirath Al-Mustaqim” “Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam. Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka jahanam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka.     “Jannah” Jannah bermaksud tempat kekal di mana orang beriman akan masuk dan memperoleh keindahan abadi  atas rahmat  Allah SWT. Allah SWT berfirman di dalam SUrah Al-Baqarah ayat 82 yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah, 82)   “Jahannam”  Jahannam bermaksud tempat yang amat menyeramkan dan gelap di mana orang-orang kafir akan menerima pembalasan di atas amalan mereka. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 39 yang bermaksud: Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah, ayat 39) Bagi orang Islam yang melakukan dosa, mereka akan dimasukkan ke syurga setelah mengalami siksaan di dalam neraka mengikut dosa yang dilakukan oleh mereka ketika di dunia.  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARI AKHIRAT?

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com