" Pelbagai " tiada ulasan

 

 Saya Tidak Percaya Dengan Apa Yang Saya Tidak Lihat

Bagaimana saya boleh percaya pada kewujudan yang ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka walaupun saya tidak boleh melihat mereka?

Jawapan:

Mata adalah anggota terhad yang boleh melihat sejumlah kecil benda , namun apa yang kita lihat bukanlah hanya dunia. Sebagai contoh mudah , walaupun kita tidak dapat melihat melalui gelombang inframerah , mereka selalu ada .
Manusia yang percaya pada materialisme menganggap bahawa dunia yang ada hanyalah kebendaan . Namun , kewujudannya mempunyai tingkatan dan tingkatan terendah dari kewujudan adalah " bahan " yang paling lemah dan fana . Oleh kerana itu , bahan boleh reput , rosak , berubah dan lenyap .
Satu - satunya cara untuk meningkatkan tahap kehadiran iman seseorang adalah dengan melalui kehidupan dan jiwa .
Misalnya , bahagian yang terpenting manusia bukanlah jasad , melainkan
" roh " , kerana tanpa roh , jasad tidak dapat melihat walaupun mempunyai mata , tidak boleh mendengar walaupun bertelinga , tidak boleh bercakap meskipun berlidah ...

Ketika roh meninggalkan badan melalui kematian , semua kemampuan anggota badan terhenti.
Di dunia ini, manusia diuji untuk meyakinkan kita kepada yang “tidak kelihatan”. Kita tetap beriman kepada Allah , para malaikat , syurga dan neraka walaupun kita tidak dapat melihat mereka. Ini kerana dengan melihat adalah bukan satu - satunya bukti kehadiran dan kita tidak boleh menafikan sesuatu yang kita tidak dapat lihat . Ada banyak bukti menunjukkan kewujudannya. Contohnya, fikiran dan jiwa tidak dapat dilihat , namun mereka mempunyai begitu banyak bukti sehingga orang tidak pernah meragui kewujudannya.  Kaynak : http://www.soaldanjawab.com - Saya Tidak Percaya Dengan Apa Yang Saya Tidak Lihat

sila tanya soalan kepada kami
Tinggalkan komen

1435 - 1438 © © www.SoalDanJawab.com